P   U   S   A   T           H   E   M   O   D   I   A   L   I   S   I   S           S   E   N   T   O   S   A

Showing posts with label ginjal. Show all posts
Showing posts with label ginjal. Show all posts

Soalan Lazim Penyakit Ginjal

Adakah saya perlu minum air 8 gelas setiap hari untuk menjaga kesihatan buah pinggang?

    Minum air setakat yang mencukupi sudah memadai. Keperluan air untuk setiap individu adalah berbeza mengikut tahap aktiviti masing-masing dan tahap kerosakan pesakit buah pinggang. Kekurangan air dalam badan atau dehidrasi boleh berlaku apabila tubuh andakehilangan air melebihi daripada jumlah air yang boleh diminum/diperolehi. Kehilangan air daripada tubuh boleh dipercepatkan oleh aktiviti fizikal seperti senaman yang keterlaluan, suhu atau cuaca yang terlampau panas, demam panas ataupun muntah dan cirit-birit yang berterusan.Sekiranya kehilangan air bertambah buruk, ini boleh mengakibatkan kepada bahaya kejutan ataupun ‘shock’.

    Sebaliknya individu yang minum air secara keterlaluan tanpa sebab boleh membahayakan tubuh badan. Bagi pesakit yang menjalani rawatan dialisis pula, mereka dinasihatkan untuk menghadkan jumlah pengambilan air kerana pengambilan berlebihan boleh mengakibatkan kegagalan jantung dan seterusnya kematian.

Adakah pesakit buah pinggang kronik perlu mengambil suplemen?

    TIDAK perlu mengambil suplemen. Ikuti nasihat doktor yang merawat anda. Makan makanan yang seimbang mengikut keperluan anda. Dapatkan nasihat daripada pakar dietitik yang bertauliah.

Adakah rasa sakit semasa menjalani rawatan dialisis?

    Rawatan dialisis tidak sepatutnya memberi kesakitan. Untuk setiap sesi rawatan hemodialisis, dua jarum akan dimasukkan ke dalam urat darah melalui fistula. Ini mungkin akan memberi sedikit rasa sakit. Pesakit yang membuat peritoneal dialisis menggunakan tiub di perut tidak akan merasa sakit. Setiap individu akan mengalami perasaan yang berbeza ketika menjalani rawatan.

Berapa lamakah proses rawatan hemodialisis?

    Setiap sesi rawatan mengambil masa 4 ke 5 jam, setiap selang hari. Pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan sekurang-kurangnya 3 hari setiap minggu.

Adakah saya perlu menjaga pemakanan harian sekiranya sudah melakukan dialisis?

    MESTI. Namun, ini tidak bermaksud anda tidak boleh menjamu selera dengan makanan yang sedap. Pengubahsuaian pemakanan adalah amat penting demi memastikan tahap kesihatan yang optima. Penjagaan pemakanan sepatutnya bermula sebelum menjalani rawatan dialisis, dengan mengikut panduan nasihat doktor ataupun pakar dietitik.

    Pesakit yang menjalani rawatan dialisis perlu memberi perhatian ke atas pengambilan nutrien penting seperti protein dan kawalan garam galian seperti natrium (sodium), kalium (potassium), dan fosforus. Ke tidak seimbangan nutrisi dan garam galian ini akan menganggu rawatan dan juga tahap kesihatan anda.

Bolehkah saya mengembara/melancong sekiranya menjalani rawatan dialisis?

    BOLEH. Kebanyakan pesakit masih boleh lagi mengembara/melancong mengikut minat masing-masing. Lebih daripada itu, kualiti hidup amatlah penting kerana ini merupakan sebahagian matlamat rawatan. Kebebasan bergerak atau mobilisasi sebenarnya merupakan pendorong utama kepada pesakit untuk meneruskan rawatan dialisis. Ketika badan uzur dan tidak sihat, rawatan dialisis adalah efektif untuk menghilangkan sebahagian daripada gejala ini. Walaubagaimana pun, pesakit perlu membuat perancangan dengan teliti bersama dengan doktor.

Adakah saya boleh memberhentikan rawatan dialisis pada hari yang saya berasa kurang sihat?

    Jangan berhenti rawatan secara tiba-tiba. Sekiranya anda tidak sihat, maklumkan kepada anggota perawat dialisis untuk tindakan selanjutnya. Anda mungkin akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan segera dan rawatan lanjutan. Sekiranya anda menghadapi masalah pengangkutan dan tidak dapat hadir ke sesi rawatan, sila hubungi anggota perawat melalui telefon dengan segera.

Perlukah saya berhenti untuk meneruskan senaman kegemaran saya selepas memulakan rawatan dialisis?

    TIDAK PERLU. Anda digalakkan untuk meneruskan senaman harian demi menjaga kesihatan. Rawatan ideal meliputi mengekalkan gaya hidup aktif, kerana ini akan memberi dorongan serta kekuatan kepada pesakit.

    Selain daripada itu, senaman boelh meningkatkan kepuasan berehat dan tidur lena dikalangan pesakit yang mengalami kesukaran untuk tidur. Ubahsuai senaman mengikut kemampuan anda dan selalu bertanya dengan doktor.

Bolehkah wanita hamil semasa menjalani rawatan dialisis?

    Pelbagai masalah atau komplikasi boleh berlaku kepada ibu mengandung dan juga anak dalam kandungan sekiranya anda adalah seorang pesakit buah pinggang kronik atau pun sedang melakukan rawatan dialisis. Risiko dan kadar kelahiran bayi adalah berbeza di atara individu. Sila berbincang dengan pakar nefrologi dan pakar obstetrik bersama pasangan untuk membuat perancangan dengan lebih teliti.

Apa itu rawatan konservatif?

    Rawatan konservatif adalah salah satu pilihan selain rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Matlamat rawatan ini adalah bertujuan untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin dangan kualiti yang optimum. Ianya merangkumi merawat gejala, memelihara fungsi buah pinggang yang sedia ada, memberi sokongan rawatan ubatan dan holistik (sosial dan psikologi) bila diperlukan dan membuat perancangan masa hadapan.

Kenapa pilih rawatan konservatif?

    Bukan semua pesakit sesuai dengan rawatan dialisis disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan seperti penyakit jantung yang teruk, dementia, serta memerlukan bantuan untuk aktiviti kehidupan seharian. Menjadikan dalam keadaan ini, rawatan dialisis tidak memperbaiki kualiti hidup atau memanjangkan jangkahayat. Rawatan konservatif juga adalah untuk pesakit yang tidak mahu menjalani rawatan dialisis. Keputusan ini perlu dibincangkan bersama doktor dan memerlukan sokongan penuh ahli keluarga.

Apa yang saya boleh harapkan jika memilih rawatan konservatif?

    Rawatan konservatif bertujuan untuk mencapai harapan anda dengan sebaik mungkin. Anda perlu sentiasa berbincang dengan doktor mengenai harapan Rawatan komprehensif akan diberikan termasuk untuk mengelakkan komplikasi yang memerlukan rawatan secara kecemasan atau kemasukan ke hospital. Doktor akan sentiasa memberi rawatan ubatan untuk melegakan gejala anda.

Berapa lamakah jangkahayat seseorang yang memilih rawatan konservatif?

    Setiap individu adalah berbeza, bergantung kepada fungsi buah pinggang dan komplikasi yang sedia ada, dan pelbagai beberapa faktor lagi.

Jika saya memilih rawatan konservatif, bolehkah saya bertukar fikiran?

    BOLEH. Namun,jika anda lewat memilih rawatan dialisis atau transplan. kemungkinan besar keadaan kesihatan anda tidak lagi mengizinkan untuk rawatan ini. Berbincang dengan untuk kesesuaian rawatan dan pilihan anda.

Adakah saya boleh berterusan berjumpa dengan doktor walaupun tidak memilih rawatan dialisis atau transplan?

    BOLEH. Anda mesti diberikan ubat-ubatan untuk mengawal gejala yang disesuaikan dengan keadaan anda. Rawatan susulan dan temujanji doktor perlu dikekalkan. Jika anda tidak sihat untuk temujanji, berbincanglah dengan doktor mengenai rawatan sesuai pada masa tersebut.

Jika saya memilih rawatan konservatif, apakah yangperlu saya lakukan jika mempunyai masalah kesihatan?

    Rawatan konservatif merangkumi aspek holistik iaitu sosial, psikologi, emosi dan fizikal. Jika anda ada masalah, berjumpalah dengan pengamal perubatan dan kami akan memberi nasihat kesihatan untuk membantu anda. Anda mungkin dirujuk ke pasukan lain (contohnya perubatan paliatif) untuk membantu mengurangkan gejala anda.

sumber

Anatomi dan Fungsi

Anatomi

Ianya merupakan sepasang organ yang berbentuk kacang dan terletak di bahagian atas dan belakang abdomen iaitu pada sisi tulang belakang dan tulang rusuk (rujuk rajah di sebelah). Dari buah pinggang, air kencing akan mengalir ke dalam ureter dan bersambung ke pundi kencing dan seterusnya keluar dari saluran serta bukaan urethra.

Bagi orang dewasa, anggaran saiz buah pinggang adalah 10 cm panjang, 6 cm lebar dan 4 cm tebal. Berat setiap buah pinggang pula adalah dalam anggaran 150-170 gram.


Fungsi


Buah pinggang mempunyai tiga fungsi penting iaitu :

  1. Menyingkirkan sisa toksik, yang lebih dikenali sebagai urea dan kreatinin.
  2. Mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan.
  3. Membantu mengekalkan keseimbangan asid di dalam badan (mengawal keseimbangan pH badan) serta garam mineral iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya.

Antara lain fungsi buah pinggang adalah :

  1. Mengekalkan keseimbangan tekanan darah.
  2. Menghasilkan hormon erythropoietin yang penting dalam pembentukan sel darah merah atau
  3. Mengaktifkan vitamin D di dalam badan yang penting untuk pembesaran tulang pada kanak-kanak dan pembentukan tulang yang kuat di kalangan orang dewasa.


Risiko Anda

Awasi saiz pinggang anda

Pengurusan berat badan yang berjaya ialah pilihan gaya hidup. Penurunan berat badan berlaku apabila anda membakar lebih banyak kalori daripada jumlah kalori dari makanan yang anda makan. Berhati-hatilah dengan produk yang dipasarkan sebagai bebas lemak – produk mungkin mempunyai kandungan gula dan sodium yang tinggi.

Ketahui selanjutnya tentang jenis lemak dalam makanan anda. Klik di sini untuk mengetahui selanjutnya.



Jangan biarkan diabetes memberi anda kejutan

Sebagai pesakit diabetes, ia tidak bermaksud yang anda akan mendapat kegagalan ginjal. Kesihatan ginjal boleh terus dijaga selagi anda dapat menguruskan paras gula darah, menjaga tekanan darah anda dalam julat yang normal serta mengambil ubat-ubatan seperti yang ditentukan.

Berikut adalah tip-tip untuk mengatasi pengambilan gula anda!



Kurangkan tekanan terhadap ginjal anda

Walaupun kita tidak boleh membendung keadaan ini, pemeriksaan berkala bagi tekanan darah anda dan pengurusan keadaan yang wajar boleh mengurangkan risiko anda untuk mengalami kegagalan ginjal.

Pesakit hipertensi hendaklah kerap bersenam untuk mengekalkan berat mereka dalam julat yang sihat dan ini boleh merendahkan tekanan darah mereka.

Ketahui cara-cara untuk mengatasi pengambilan garam anda dan mengamalkan senaman untuk mengelak kegagalan ginjal.


Berhenti merokok untuk selamanya

Ginjal anda akan berterima kasih kepada anda kerana meninggalkannya. Aliran darah ke ginjal anda akan bertambah baik, memastikan bahawa nefron-nefron yang menjalankan tugas penting menapis sisa dari darah anda, dalam keadaan terbaik.

Jika perlu pertimbangkanlah untuk berunding dengan doktor tentang kaedah berhenti dan / atau menjalani Terapi Penggantian Nikotin (NRT).



Hentikan pengambilan pil-pil

Mereka yang sudah mengalami penurunan fungsi ginjal, sedang mengalami penyakit jantung atau hipertensi, harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil NSAIDS kerana ubata NSAIDs boleh meningkatkan risiko penyakit ginjal. Jika anda seorang pengguna biasa atau kerap mengambil NSAIDS dan mengalami keadaan yang disebutkan di atas, anda boleh membuat ujian darah atau air kencing untuk memeriksa kadar fungsi ginjal anda.



Ketahui sejarah kesihatan ahli keluarga anda

Mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit ginjal tidak bermaksud anda pasti akan mendapat penyakit ini. Walaupun kita tidak boleh mengubah genetik kita, kita boleh mendidik diri tentang kesihatan dan membuat pilihan yang baik agar faktor risiko keseluruhan dapat dikurangkan dari terkena penyakit ginjal.

Nefropati Analgesia

Analgesik atau ubat menahan sakit merupakan ubat yang sangat biasa diberikan oleh doktor atau seseorang itu boleh membelinya di kaunter untuk melegakan pelbagai jenis kesakitan (dalam bentuk apa jua). Ia biasanya selamat apabila diambil dengan betul tetapi ia juga boleh membahayakan ginjal apabila penyalahgunaan berlaku. Terdapat juga keadaan ketika ubat diambil dengan betul, tetapi masih menyebabkan kegagalan ginjal yang ketara.

Nefropati analgesik ialah penyakit ginjal kronik yang berlaku apabila terdapat pengambilan ubat menahan atau menghilangkan sakit untuk jangka masa yang panjang (biasanya bertahun-tahun). Keadaan yang mungkin berkaitan dengan keperluan ubat menahan sakit berterusan ialah sebarang sindrom kesakitan kronik seperti artritis dan sakit kepala. Bukan semua jenis analgesik menyebabkan nefropati analgesik. Nefropati analgesia boleh menyebabkan kegagalan ginjal yang memerlukan dialisis atau pemindahan organ.


Tanda-tanda dan Gejala:



Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Ini bukan penyakit ginjal tetapi penyakit saluran pundi kencing. Namun, ia boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal (pielonefritis) dan menyebabkan kerosakan ginjal kekal jika tidak dirawat. Pielonefritis ialah jangkitan kedua paling biasa – kedua selepas jangkitan di saluran pernafasan bahagian atas (batuk dan selesema biasa). Wanita sangat mudah mendapat jangkitan saluran kencing kerana uretra wanita lebih pendek dan berhampiran dengan pembukaan faraj.

Jangkitan berlaku apabila mikroorganisma (biasanya bakteria dari usus) melekat pada uretra dan mula membiak. Ia mungkin terbatas pada saluran kencing bawah (urethra dan pundi kencing) atau bergerak lebih tinggi sehingga melibatkan ginjal. Terdapat juga organisma yang menyebabkan keadaan ini menular secara seksual. Terdapat keadaan lain yang menyebabkan seseorang berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan saluran kencing seperti penyakit diabetes, atau situasi apabila kateter kencing diperlukan, kelainan saluran kencing, dan aliran kencing terhalang (prostat atau batu karang besar). Jangkitan saluran kencing juga biasa berlaku pada wanita hamil.


Tanda-tanda dan Gejala:




Batu Karang Dalam Ginjal

Batu karang di dalam ginjal ialah penyakit pundi kencing yang sangat menyakitkan. Ia bermula sebagai kristal garam atau bahan kimia yang memendakkan air kencing. Dalam keadaan normal, air kencing mengandungi bahan yang menghalang penghabluran tetapi untuk pesakit yang mengalami keadaan ini, bahan penghalang ini tidak berkesan. Kristal kecil ini akan keluar bersama aliran air kencing tanpa menimbulkan masalah. Batu karang mungkin mengandungi pelbagai bentuk garam, dan yang paling lazim ialah kalsium dalam kombinasi fosfat atau oksalat. Garam ini adalah sebahagian penting daripada pengambilan dan keperluan diet harian kita.

Penyakit batu karang dalam ginjal sering berlaku pada kaum adam, kebiasaannya pada mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun. Punca kemungkinan bagi pembentukan batu karang ini adalah kerana:

  1. Kurangnya pengambilan air
  2. Berlebihan atau kekurangan bersenam
  3. Obesiti
  4. Pembedahan untuk penurunan berat badan
  5. Pengambilan garam berlebihan
  6. Jangkitan
  7. Pengambilan fruktosa berlebihan
  8. Sejarah keluarga yang mengalami penyakit batu karang
  9. Pengambilan ubat dan/atau vitamin dan makanan tambahan tertentu


Tanda-tanda dan Gejala:





Penyakit Ginjal Polisistik

Penyakit ginjal polisistik (PKD) ialah punca kegagalan ginjal yang paling lazim berlaku di kalangan dewasa. Keadaan genetik ini menyebabkan pembentukan sista dari nefron. Sista ialah kantung yang bukan normal yang mengandungi cecair. Sista ini akhirnya akan menggantikan tisu ginjal yang normal dan orang berkenaan akan mengalami kegagalan ginjal.

Tanda-tanda dan Gejala:



Glomerulonefritis

Glomerulonefritis ialah keadaan apabila glomerulus, iaitu penapis halus di dalam ginjal, mengalami keradangan. Sekiranya tidak dirawat, ginjal mungkin rosak teruk sehingga kehilangan kapasiti penapisan sepenuhnya. Keadaan ini merupakan punca kegagalan ginjal paling biasa kedua selepas nefropati diabetes.


Sebab-sebab autoimun:

  1. Lupus: 
    • Penyakit autoimun ini boleh menyebabkan keradangan kronik di dalam ginjal dan bahagian badan yang lain
  2. Nefropati IgA: 
    • IgA ialah antibodi yang dihasilkan untuk melawan jangkitan. Jika terlalu banyak deposit protein IgA di dalam ginjal, ia boleh menyebabkan keradangan pada penapis ginjal dan merosakkan fungsinya.
  3. Sindrom Goodpasture: 
    • Ini adalah penyakit autoimun yang jarang berlaku, dan bila terjadi, sistem imun badan akan tersilap menyerang bahagian paru-paru dan ginjal.

Sebab jangkitan:

Sakit tekak atau jangkitan kulit yang tidak dirawat akibat bakteria Streptokokus boleh menyebabkan serangan glomerulonefritis yang parah secara mendadak.

Secara biasa, badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan. Jangkitan yang tidak dirawat boleh merangsang penghasilan antibodi yang berlebihan. Apabila antibodi yang berlebihan itu tersimpan di dalam penapis ginjal, ia boleh menyebabkan keradangan lalu membawa kepada glomerulonefritis.


Tanda-tanda dan Gejala:



Nefrosklerosis Hipertensi


Tekanan darah ialah daya tekanan darah ketika mengalir melalui saluran darah dan jantung. Hipertensi atau tekanan darah tinggi ditakrifkan sebagai tekanan darah yang secara konsisten melebihi 140/90mmHg ketika dalam keadaan sedang rehat. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi ialah apabila terdapat cecair lebihan dalam darah, saluran darah yang sempit, kaku atau tersumbat.

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah di dalam ginjal lalu mengurangkan keupayaannya untuk berfungsi dengan baik. Ginjal kemudian tidak dapat membuang sisa dan cecair lebihan dari badan. Cecair lebihan di dalam saluran darah boleh meningkatkan lagi tekanan darah dan mewujudkan kitaran kejam yang boleh merosakkan ginjal.

1 dari 4 warga Singapura menghidap Hipertensi. Hipertensi secara luas boleh dibahagikan kepada dua jenis: pada Hipertensi primer (95% daripada semua kes Hipertensi), faktor genetik dan persekitaran kuat menjadi punca Hipertensi. Untuk Hipertensi sekunder (5% daripada semua kes), punca yang boleh dikenal pasti termasuk penyakit ginjal, gangguan endokrin dan pengambilan ubat-ubatan.

Ginjal mempunyai peranan utama dalam mengawal tekanan darah. Penyakit ginjal boleh mempengaruhi fungsi ginjal sehingga ia merosakan dan lalu mengakibatkan peningkatan tekanan darah. Begitu juga sebaliknya, penyakit hipertensi boleh menyebabkan kegagalan ginjal atau memburukkan lagi penyakit ginjal yang sedia ada. Sekiranya tidak terkawal, perkembangan kegagalan ginjal akan berlaku jauh lebih cepat.


Tanda-tanda dan Gejala:



Nefropati Diabetes

Nefropati diabetes, juga dikenali sebagai penyakit ginjal diabetes, sering terjadi pada pesakit diabetes yang mempunyai kawalan lemah terhadap keadaan mereka. Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak bertindak balas dengan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin. Apabila tahap insulin rendah di dalam badan dan/atau badan menentang insulin, paras glukosa darah kekal tinggi. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah di dalam ginjal, kerana nefron perlu bekerja lebih keras untuk menyaring darah. Lama-kelamaan, ginjal menjadi rosak dan hilang kemampuannya untuk menyaring.

Penyakit diabetes ialah penyebab utama kegagalan ginjal. 1 dari 3 orang mungkin menghadapi diabetes sepanjang hayatnya, dengan hampir separuh daripada mereka tidak menyedari keadaannya dan oleh itu, tidak dirawat.

Nefropati diabetes berlaku pada pesakit diabetes Jenis 1 dan Jenis 2. Kejadian tekanan darah tinggi pada pesakit diabetes adalah ramalan kuat untuk nefropati diabetes. Bagi mereka yang mempunyai nefropati diabetes, tekanan darah yang tidak terkawal akan merosakan dan mempercepatkan lagi perkembangan penyakit ini kepada CKD 5 atau kegagalan ginjal. Orang yang mempunyai sejarah nefropati diabetes dalam keluarga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat keadaan ini.


Tanda-tanda dan Gejala:



Lemak

Kajian menunjukkan bahawa tidak semua lemak diciptakan sama. Terdapat sesetengah lemak yang baik untuk anda dan ada yang tidak. Ketahui cara menukar lemak berbahaya dalam diet anda dengan lemak yang lebih sihat.

Lemak makanan berasal dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan diet bebas lemak kerana ia adalah nutrien yang penting. Lemak menjadi penampan antara organ dalaman yang lembut, menyerap vitamin yang larut dalam lemak, dan menebat badan untuk menahan kesejukan.

Trigliserida ialah jenis lemak yang paling biasa di dalam badan anda. Ia dihasilkan di dalam badan daripada pengambilan karbohidrat berlebihan (contohnya, snek dan minuman bergula), lemak dan alkohol. Paras trigliserida yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kolesterol bukan sejenis lemak. Ia adalah bahan melekit yang dihasilkan secara semula jadi di dalam badan kita dan ia juga boleh diperoleh melalui diet.

Terdapat dua jenis kolesterol:

  1. Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) biasanya dianggap sebagai jenis kolesterol yang tidak baik sebab ia boleh berkumpul secara perlahan pada dinding dalaman arteri. Ini akan menyempitkan dan mengeraskan arteri lalu mengurangkan pengaliran darah di dalam arteri. Oleh itu, kolesterol LDL yang tinggi dalam darah akan meningkatkan risiko penyakit jantung kardiovaskular dan penyakit ginjal.
  2. Kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) biasanya dianggap sebagai jenis kolesterol yang baik kerana ia menghapuskan kolesterol lebihan daripada arteri dan membantu untuk menghalang pengumpulan kolesterol di dalam saluran darah. Oleh itu, ia melindungi anda daripada mengalami penyakit jantung kardiovaskular.


Kenali Lemak Anda



Lemak mono tidak tepu dan poli tidak tepu

  1. Mengurangkan kolesterol LDL dan trigliserida
  2. Berfaedah untuk kesihatan jantung dengan pengambilan sederhana


Contoh lemak mono tidak tepu termasuk:

  1. Buah avokado
  2. Buah badam, kacang gajus dan kacang tanah
  3. Minyak masak diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan atau bijian seperti minyak kanola, zaitun, kacang tanah, kacang soya dan bunga matahari.


Contoh lemak poli tidak tepu termasuk:

  1. Ikan
  2. Biji rami dan biji chia
  3. Minyak Kacang soya, minyak bunga matahari, minyak bunga kesumba, dan minyak kanola
  4. Kacang pinus, kacang walnut dan kacang brazil



Lemak Tepu

  1. Meningkatkan kolesterol LDL
  2. Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular


Contoh

  1. Kulit dan lemak unggas (seperti ayam/itik)
  2. Daging yang di dalam tin atau diproses (sosej/salami/daging ayam luncheon/patti burger)
  3. Susu penuh krim dan produk tenusu
  4. Santan/minyak kelapa dan produk kelapa
  5. Mentega, minyak kelapa sawit, minyak isirung sawit, lemak koko, minyak sapi



Lemak trans

  1. Meningkatkan kolesterol LDL
  2. Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular


Contoh

  1. Kerepek kentang
  2. Pastri, biskut dan kek
  3. Marjerin pepejal dan lelemak (shortenings)
  4. Makanan bergoreng
  5. Ketahui profil lipid anda dalam ujian darah:
  6. Profil Lipid Paras dikehendaki
  7. Jumlah kolesterol: mmol/L kurang daripada 5.2mmol/L atau 200mg/dl
  8. Trigliserida: mmol/L kurang daripada 1.7mmol/L atau 150mg/dl
  9. Kolesterol LDL (Tidak Baik): mmol/L kurang daripada 3.2mmol/L atau 130mg/dl
  10. Kolesterol HDL (Baik): mmol/L lebih daripada 1.2mmol/L atau 40mg/dl


Ketahui profil lipid anda dalam ujian darah:

Nota: Anda dinasihati untuk mengurangkan makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan trans, serta kolesterol jika anda mempunyai paras LDL dan trigliserida yang tinggi.


Tip-tip untuk mengawal paras kolesterol anda


Rumah

  1. Pilih potongan daging tanpa lemak
  2. Potong semua lemak yang boleh dilihat dan buang kulit unggas (ayam, itik) dan daging
  3. Makan 2 hingga 3 hidangan ikan berlemak setiap minggu (ikan salmon, ikan sardin, ikan tuna, ikan tenggiri)
  4. Kurangkan minyak semasa memasak. Elakkan penggunaan semula minyak lebih daripada dua kali
  5. Amalkan kaedah memasak yang lebih sihat dengan kurangkan penggunaan lemak seperti merebus, mengukus, atau membakar
  6. Gunakan marjerin lembut bukannya mentega dan gunakannya secara berhemat
  7. Sasarkan 2 hidangan buah-buahan dan 2 hidangan sayur-sayuran setiap hari


Makan di luar

  1. Gantikan mi goreng dengan mi sup (elak menghabiskan kesemua sup)
  2. Hadkan makanan bergoreng dengan tidak melebihi daripada dua kali seminggu
  3. Minta kurangkan minyak dan kuah
  4. Kurangkan mengambil produk bakeri berlemak tinggi (contoh, pastri, biskut dan kek)
  5. Baca senarai bahan dan elakkan produk yang mengandungi lemak/minyak/lelemak sepenuh atau separa hidrogenasi
  6. Baca Panel Maklumat Nutrisi dan pilih produk yang lebih rendah kandungan jumlah lemak, lemak tepu dan lemak trans.
  7. Pilih produk dengan Simbol Pilihan Lebih Sihat


Gaya Hidup

  1. Lakukan aktiviti fizikal untuk sekurang-kurangnya 2.5 jam seminggu
  2. Kekalkan berat badan dalam julat berat sihat (BMI yang sesuai: 18.5 hingga 22.9 kg/m2)
  3. Jangan merokok
  4. Hadkan minuman beralkohol (Lelaki: 2 minuman standard; Wanita: 1 minuman standard


Perubatan

  1. Jangan lupa untuk makan ubat seperti yang disarankan.











* Maklumat dan rekomendasi di atas adalah garis panduan umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat khusus untuk mana-mana individu. Sila dapatkan nasihat doktor anda atau penasihat penjagaan kesihatan yang lain untuk membuat keputusan kesihatan peribadi.

Kurangkan Pengambilan Garam

Apakah itu natrium?

Natrium ialah mineral penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Garam mengandungi 40% natrium dan boleh didapati dalam sos, bumbu, bahan pengawet dan makanan dalam tin.


Mengapakah ia berbahaya?

Pengambilan natrium yang berlebihan akan mengakibatkan tekanan darah tinggi, iaitu salah satu peyebab utama kegagalan ginjal, strok dan penyakit jantung. Ia juga menimbulkan rasa dahaga yang melampau dan boleh mengakibatkan pengambilan cecair dengan berlebihan.


Berapa banyak yang perlu saya ambil?

Hadkan pengambilan natrium kepada 1 sudu teh (tsp) garam atau 2,000mg sehari.


Bagaimana cara membaca label nutrisi?

Awas, natrium mungkin tersembunyi dalam makanan anda! Kawal pengambilan natrium anda dengan membaca label nutrisi semasa pembelian barang runcit.




Makanan yang perlu diawasi termasuk:

  1. Makanan yang diawet dan diproses
  2. Snek yang bergaram
  3. Kuah, sup, kiub pati, bahan perasa dan sos


Gantikan Dengan Alternatif Yang Lebih Sihat

Berikut menunjukkan tip-tip mudah yang boleh membantu anda mengehadkan jumlah natrium ketika menikmati makanan di luar:


Pilihlah makanan yang lebih sihat pada menu

Semak maklumat nutrisi bahan-bahan menu sebelum anda memesan dan memilih makanan kurang natrium. Carilah Simbol Pilihan Lebih Sihat"Kurang Natrium" oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan. Produk makanan yang mempunyai logo ini mengandungi sekurang-kurangnya 25% kurang natrium berbanding dengan produk yang sama.


Anda boleh bertanya

Jangan takut untuk bertanya kepada staf mengenai bagaimana makanan akan disediakan dan jika mereka boleh membuat penggantian atau pengubahsuaian agar hidangan anda kurang garam. Sebagai contoh, minta kurangkan kuah atau sos, dan kuah salad diletakkan berasingan supaya anda boleh mengawal jumlah tambahan ke dalam makanan anda.


Awasi natrium yang tersembunyi

Perkataan seperti perap, jeruk, salai, serdak roti, pekasin, berjus, di dalam air rebusan atau teriyaki bermakna makanan anda mungkin mengandungi jumlah natrium yang tinggi.


Kongsi makanan anda

Pesan hidangan makanan yang lebih kecil atau kongsi makanan dengan orang lain. Melalui cara ini, anda dapat mengurangkan natrium, kalori dan lemak pada separuh.


Menyediakan Juadah Di Rumah

Kurangkan makan di luar dan masaklah di rumah sekerap mungkin. Melalui cara ini, anda boleh mengawal jumlah natrium yang ditambahkan pada makanan anda.




Kurangkan Pengambilan Gula

Apakah itu Gula?

Gula tergolong dalam kumpulan karbohidrat yang dicerna menjadi sumber tenaga kepada tubuh badan.




Terdapat dua jenis gula:

  1. Gula Semulajadi– Gula yang wujud semulajadi dalam makanan seperti buah-buahan (fruktosa) atau susu (laktosa)
  2. Gula Tambahan – Ini termasuk semua jenis gula yang ditambahkan kepada makanan dan/atau minuman yang diproses semasa proses pengeluaran dan/atau persiapan peningkatan rasa atau warna.


Mengapakah ia berbahaya?

Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan yang tidak diingini, meningkatkan risiko penyakit kencing manis jenis II dan penyakit kronik lain termasuk penyakit jantung dan barah. Ia juga memberi kesan kepada kesihatan gigi.


Berapa banyak gula yang boleh saya makan?

Menurut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2015, pengambilan gula tambahan dihadkan kepada 5 sudu teh (25g) seharian.

Berusahalah untuk mengetahui kandungan gula yang tersembunyi dalam makanan anda untuk mencapai matlamat ini sambil mengalahkan gula tambahan dalam permainan persembunyiannya.


Kenali Nama-Nama Gula Anda

Beberapa petanda yang menunjukkan bahawa bahan makanan mungkin mengandungi gula tambahan termasuk:

  1. Mengandungi sirap (contoh: sirap jagung, sirap buah, sirap mapel, sirap beras, sirap ros)
  2. Perkataan yang diakhiri dengan “ose” atau “osa” (contohnya: fruktose/fruktosa, glucose/glukosa, sucrose/sukrosa, maltose/maltosa, dextrose/dekstrosa)
  3. Mengandungi perkataan “gula” dalam nama produk (contohnya: gula mentah, gula tebu, gula perang, gula manisan, gula pasir, alkohol gula)
  4. Contoh-contoh lain bagi gula tambahan termasuk nektar buah, pati jus buah, madu, agave dan molases.

Bagaimanakah membaca label nutrisi?


Pilihlah Alternatif Yang Lebih Sihat

Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan gula tambahan dan kalori dengan taktik yang menyelerakan!


Pencuci Mulut & Manisan

Kita tidak perlu mengecualikan pencuci mulut dan manisan dengan sepenuhnya. Nikmatilah tanpa perlu rasa bersalah dengan menukarkan ais krim yang berkandungan gula tinggi kepada serbat dan yogurt sejuk beku sebagai pilihan alternatif yang lebih sihat. Kisarkan yogurt dengan buah-buahan segar dan bekukannya untuk hidangan musim panas yang mudah.



Snek & Campuran Granola

Sediakan snek dan campuran granola anda sendiri, tanpa tambahan gula, di rumah. Elakkan beli campuran granola yang telah dipek dari pasar raya. Anda boleh menggabungkan semua kekacang kegemaran anda, buah-buahan kering, emping oat dan/atau bijirinpenuh dalam resipi anda.




Perencah & Sos

Gantikan penggunaan sos dan perencah yang telah diproses dari kedai dengan versi buatan sendiri, kerana ianya mengandungi jumlah gula tambahan yang tinggi. Melalui cara ini, anda boleh mengawal jumlah gula yang ditambah ke dalam makanan anda.





Kopi & Teh

Berhentikan penambahan gula ke kopi dan teh anda secara beransur-ansur dengan mengurangkan pengambilan gula anda jadi separuh selama seminggu sebelum mengurangkannya lagi pada minggu seterusnya. Dengan mengurangkan tahap kemanisan secara beransur-ansur, badan anda akan mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan rasa baru ini.




Ketahuilah Kandungan Gula Dalam Makanan ini



Rahsia Mengatasi Pembunuh Senyap

Penyakit ginjal ialah pembunuh senyap, yang merosakkan ginjal dari masa ke masa, dan biasanya tidak menunjukkan gejala yang jelas sehingga ke tahap akhir. Cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat dapat menunjukkan perbezaan dalam mencegah diri dari penyakit ginjal!


Berikut adalah 8 rahsia untuk mengurangkan risiko dari menghidap penyakit ginjal:


Berusaha Secara Berterusan untuk Memilih Makanan yang Kurang Gula, Natrium dan Lemak Apabila Makan di Luar!

  1. Kehidupan boleh menjadi lebih manis tanpa gula. Klik di sini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengurangkan pengambilan gula.
  2. Tahukah anda tentang kadar natrium yang terkandung dalam makanan anda? Klik di sini untuk membongkar misteri ini!
  3. Hadkan pengambilan lemak dan kolesterol anda sebab trigliserida dan kolesterol LDL yang tinggi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, serangan jantung, strok dan penyakit ginjal. Klik di sini untuk mengetahui selanjutnya


Ketahui Risiko Anda!

Gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan risiko obesiti, penyakit diabetes jenis II, hipertensi dan penyakit kronik lain. Kekalkan berat badan yang sihat dengan tetap aktif dan tidak makan berlebihan.

Berikut adalah faedah-faedah bersenam dengan kerap:

  1. Menguatkan jantung, tulang dan badan anda secara menyeluruh
  2. Meningkatkan kualiti tidur, daya kognisi dan ingatan
  3. Mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti kehidupan anda
  4. Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit diabetes dan penyakit jantung
  5. Berikut adalah beberapa bahan Kesihatan & Kecergasan yang boleh membantu menilai komposisi badan anda.


Berhenti Merokok & Kurangkan Pengambilan Minuman Beralkohol

Merokok merosakkan saluran darah di dalam badan. Hasilnya, ia akan memperlahankan aliran darah ke ginjal dan mengurangkan keupayaannya untuk berfungsi secara normal. Merokok boleh juga meningkatkan risiko anda untuk menghidap barah ginjal.

Pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membincangkan kaedah berhenti merokok dan menerima Rawatan Penggantian Nikotin (NRT) jika perlu.

Selain itu, minum minuman beralkohol dengan terlalu banyak akan meningkatkan tekanan darah anda. Tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyebab penyakit ginjal yang paling biasa

Kaum adam dinasihatkan untuk tidak minum lebih daripada 2 minuman standard sehari manakala wanita pula, tidak melebihi daripada 1.

Standard minuman beralkohol ditakrifkan sebagai:

1 tin (330 ml) bir biasa, 1/2 gelas (100 ml) wain atau 1 sesap (30 ml) spirit.


Pengawalan Jumlah Makanan Yang Diambil

Diet yang sihat mengandungi 2 hidangan buah-buahan + 2 hidangan sayur-sayuran setiap hari, dengan bijirin penuh dan daging tanpa lemak.


Mulakan Rejim Senaman

Aktiviti fizikal sangat penting di semua peringkat kehidupan. Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti fizikal yang sesuai dengan pelbagai tahap usia.


Pantau Tekanan Darah dan Paras Gula Darah

Sekiranya anda sudah menghidap diabetes, dan tekanan darah tinggi, anda masih boleh mencegah kegagalan ginjal dengan:

  1. Mengawal paras gula darah dengan baik
  2. Mengekalkan tekanan darah dalam julat normal
  3. Mengawal kadar kolesterol darah
  4. Lawatan berkala untuk berjumpa dengan doktor
  5. Mengambil ubatan sebagaimana dipreskripsikan


Menyediakan Makanan Anda Sendiri

Makanan yang dimasak di rumah adalah terbaik kerana ia membolehkan kita mengawal jumlah gula, garam dan lemak yang dimasukkan ke dalam makanan. Dinyatakan di sini, beberapa resipi sihat untuk anda mulakan perjalanan makanan sihat anda

Ketika kesuntukan masa untuk menyediakan makanan di rumah, jangan risau! Muat turunkan PDF Panduan Penjaja untuk cadangan lanjut mengenai cara pemakanan yang sihat apabila keluar makan!

Muat turunkan PDF Panduan Penjaja


Pengesanan Awal adalah Penting

Pemeriksaan kesihatan awal merupakan kunci untuk mengesan kegagalan ginjal kerana kebanyakan orang dengan tahap penyakit ginjal awal tidak menunjukkan gejala yang jelas. Dengan adanya pra-kondisi seperti penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi, peluang anda untuk mendapat masalah ginjal pada kemudian hari semakin meningkat.



Nota: Sekiranya anda menghidap penyakit kronik ginjal atau sedang mendapatkan rawatan dialisis dan perlu mengehadkan pemakanan di dalam diet, tanyakan dahulu kepada doktor atau pakar pemakanan sebelum membuat apa-apa perubahan kepada diet anda. Maklumat di atas khas bagi mereka yang ingin melindungi ginjal mereka dan yang berisiko terkena penyakit ginjal. Ia bukannya untuk mereka yang telah pun menghidap penyakit ginjal. 

Mitos atau Fakta

Batu karang ginjal boleh meningkatkan risiko kegagalan ginjal.

    Fakta!

    Batu karang ginjal terbentuk apabila kristal garam terhablur di dalam ginjal. Kristal-kristal yang halus ini akan keluar daripada badan bersama aliran air kencing tetapi bagi kristal yang lebih besar (batu karang), ia boleh menyekat pengaliran air kencing di dalam ginjal, saluran dan juga pundi kencing, lalu menyebabkan kesakitan. Justeru, kalau sering dibiarkan tanpa rawatan, kerosakan ini akan membawa ke kegagalan ginjal.

    Terdapat juga kemungkinan kejadian batu karang yang “senyap” tanpa menimbulkan sebarang kesakitan atau gejala. Ia sering tidak dirawat untuk beberapa bulan dan tahun, dan kadangkala menyebabkan kerosakan ginjal.

    Batu karang ginjal yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko kegagalan ginjal dan menyebabkan penyumbatan aliran air kencing darah. Ini akhirnya boleh mengakibatkan ginjal melebar dengan fungsi yang minimum.

    Peratusan kegagalan ginjal berkaitan dengan batu karang ginjal adalah kecil jika dibandingkan dengan penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Satu dari 10 orang akan mengalami batu karang ginjal dalam peringkat kehidupan mereka.

    Tip-tip Pencegahan
    1. Minum air berlebihan.
    2. Kurangkan pengambilan sodium sebab ia boleh mencetuskan pembentukan batu karang ginjal dan meningkatkan jumlah kalsium di dalam air kencing anda.
    3. Kurangkan protein haiwan, seperti daging merah, ayam itik dan telur kerana ia meningkatkan paras asid urik dan boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal.

Sakit belakang ialah gejala untuk kegagalan ginjal.

    Mitos!

    Sakit belakang bukanlah gejala bagi penyakit ginjal. Apabila ginjal melebar kerana penyumbatan aliran air kencing atau jangkitan, ia boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan yang ketara boleh juga berlaku dengan adanya batu karang ginjal, khususnya apabila batu karang itu bergerak ke bawah pundi saluran kencing. Penyebab sakit belakang yang lain juga termasuk kesakitan otot atau penyakit tulang belakang.

    Istilah penyakit ginjal tidak menyamai dengan kegagalan ginjal. Kegagalan ginjal berlaku hanya apabila fungsi ginjal terganggu dan tidak dapat mengekalkan komposisi cecair tubuh yang normal dan yang kemungkinan besar, akan menghasilkan pengumpulan toksin di dalam badan.

    Gejala kegagalan ginjal boleh berbeza di antara berlainan orang. Perhatikan juga gejala lain seperti:
    1. Pembuangan air kecil yang berkurangan
    2. Rasa mual/muntah-muntah
    3. Kebengkakan pada tangan dan gelang kaki
    4. Kebengkakan di sekitar mata
    5. Gatal-gatal
    6. Gangguan tidur
    7. Tekanan darah tinggi
    8. Hilang selera makan

Saya telah mengambil statin untuk kolesterol tinggi untuk beberapa tahun, oleh itu, saya boleh makan apa-apa sahaja yang saya mahu.

    Mitos!

    Pengambilan statin (ubat untuk menyekat tindakan enzim di hati yang membantu menghasilkan kolesterol) tidak bermakna bahawa anda boleh mengabaikan nasihat doktor tentang pematuhan diet kolesterol rendah.

    Terdapat beberapa orang yang mempunyai salah tanggapan bahawa ubat mereka boleh mengawal lebihan kolesterol tanpa perlunya mengira makanan yang dimakanya. Walaupun semasa mengambil ubat, anda perlu menjaga diet anda, khususnya lemak tepu.

Anda pasti memerlukan dialisis jika menghidapi Penyakit Ginjal Kronik (CKD).

    Mitos!

    Tidak semua orang dengan CKD memerlukan dialisis. CKD ialah istilah umum untuk menerangkan tentang pelbagai keabnormalan ginjal yang boleh berlaku tanpa kegagalan ginjal. CKD ialah penyakit tahap demi tahap (progresif).ithout kidney failure. CKD is a progressive disease.

    Pada tahap awal, ia biasanya diuruskan dengan diet dan ubat-ubatan. Melalui pendekatan ini, kebanyakan orang dapat memperlambatkan atau menghentikan perkembangan penyakit ginjal dan menikmati gaya hidup normal. Maka itulah pentingnya untuk mendapatkan pengesanan dan rawatan awal bagi penyakit ginjal. Dialisis atau pemindahan organ ginjal hanya diperlukan pada tahap CKD 5.

Terdapat pelbagai ujian untuk pengesanan awal Penyakit Ginjal Kronik (CKD) dan kegagalan ginjal.

    Fakta!

    Terdapat pelbagai ujian dan prosedur untuk mengesahkan penyakit ginjal. Ujian-Ujian ini termasuk:

    Serum Kreatinin merupakan salah satu petanda utama bagi menentukan sebaik mana ginjal kita sedang berfungsi. Analisis Air Kencing pula ialah untuk mengetahui kandungan albumin (sejenis protein) di dalam air kencing kerana jumlah protein yang berlebihan adalah tanda awal kerosakan ginjal. Penyakit ginjal ialah penyakit progresif yang mempunyai lima tahap CKD. Anggaran Kadar Penapisan Glomerulus (eGFR) yang akan menentukan tahap penyakit ginjal yang dialami oleh seseorang. Anda mungkin memerlukan ujian darah serta pemeriksaan selanjutnya yang bergantung pada keadaan anda.

    Pada tahap awal, penyakit ginjal biasanya diuruskan dengan diet dan ubat. Melalui pendekatan ini, kebanyakan orang boleh memperlambatkan atau menghentikan perkembangan penyakit ginjal dan menikmati gaya hidup normal.

    Mereka yang mempunyai sejarah perubatan atau sejarah keluarga dengan diabetes, penyakit kardio-vaskular termasuk tekanan darah tinggi, strok, obesiti atau penyakit ginjal berisiko tinggi mengalami kegagalan ginjal. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan berjumpa dengan doktor atau pegawai kesihatan yang boleh memberi nasihat tentang pilihan tindakan yang diperlukan.

Pemindahan organ ginjal lebih baik daripada dialisis.

    Fakta!

    Pemindahan organ ginjal menawarkan kelangsungan hayat dan kualiti kehidupan jangka panjang. Ia adalah pilihan rawatan yang terbaik bagi kegagalan ginjal. Ginjal yang dipindahkan boleh menggantikan hampir kesemua fungsi ginjal gagal yang hilang dan kebiasaannya, ia dapat berfungsi dengan serta-merta, lalu membolehkan pesakit untuk menikmati kehidupan normal. Dengan peluang kehidupan baru, pesakit tidak perlu lagi menghadapi sekatan harian kerana perlunya untuk menjalani dialisis untuk seumur hidupnya.

Penyakit Ginjal Kronik (CKD) sama dengan kegagalan ginjal.

    Mitos!

    “Penyakit ginjal” tidak sama dengan “kegagalan ginjal”. “Penyakit ginjal” ialah istilah umum yang digunakan untuk menerangkan tentang pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan ginjal. Penyakit ginjal kronik ialah penyakit progresif yang bertahap. Kebanyakan pesakit dengan penyakit ginjal kronik boleh menguruskan keadaan mereka dan mengikuti kehidupan biasa dengan mematuhi nasihat doktor tentang diet dan perubatan. Oleh itu, bukan semua pesakit yang menghidap penyakit ginjal perlu menjalani dialisis.

    Namun, jika anda mengalami kegagalan ginjal, juga dikenali sebagai Penyakit Renal Tahap Akhir (ESRD), ini bermakna bahawa ginjal anda hanya berfungsi sebanyak 15% daripada keupayaannya atau kurang. Ginjal anda tidak dapat mengekalkan komposisi cecair badan yang normal dan ini akan mengakibatkan pengumpulan toksin di dalam badan.

    Pada tahap ini, anda perlukan dialisis atau pemindahan organ ginjal untuk kelangsungan hidup. Ini juga menunjukkan bahawa untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran awal penyakit ginjal dan mengambil langkah untuk melindungi ginjal anda adalah amat penting.

    Diabetes dan tekanan darah tinggi adalah penyebab kegagalan ginjal yang paling biasa. Ini kerana ia boleh merosakkan arteri yang menuju ke ginjal dan saluran darah kecil (glomerulus) di dalam ginjal. Kerosakan pada kedua-duanya akan menyebabkan ginjal anda tidak dapat menapis sisa-sisa dari darah anda dengan berkesan. Oleh itu, paras cecair dan sisa berbahaya akan terkumpul sehingga terjadinya kegagalan ginjal.

Obesiti boleh membawa kepada kegagalan ginjal.

    Fakta!

    Obesiti boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi, antara penyakit-penyakit kronik lain, penyakit kedua-dua ini merupakan punca utama kegagalan ginjal. Penyebab obesiti termasuk pilihan diet yang tidak sihat, kurang bersenam, sejarah keluarga yang mempunyai berlebihan berat badan, atau obes dan emosi negatif seperti bosan, sedih atau marah yang boleh mempengaruhi tabiat makanan.

    Beberapa cara untuk mengawasi berat anda:

    1. Berjalan pantas untuk 30 minit sesatu masa, 2.5 jam seminggu.
    2. Berjoging atau berenang tiga kali seminggu.
    3. Mencatatkan semua jenis makanan yang anda makan.
    4. Menyediakan senarai membeli-belah untuk mengurangkan pembelian sesuka hati tanpa dirancang dan jangan belanja ketika sedang lapar.
    5. Panggang, bakar atau kukus berbanding dengan goreng celur
    6. Gunakan minyak masak yang lebih sihat seperti biji kanola, bunga matahari atau kacang tanah
    7. Anda boleh berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk membantu dan merancang perubahan diet, senaman dan tingkah laku anda.

Panduan Pemakanan Pesakit CKD

 Mempelajari cara-cara pemakanan yang sesuai adalah penting

Apabila fungsi ginjal mulai menurun, pesakit yang menghidapi penyakit ginjal kronik (CKD) perlu menyesuaikan diet mereka untuk mencegah pengumpulan sisa dan cecair yang berlebihan. Matlamatnya ialah untuk mengekalkan fungsi ginjal yang sedia ada dan untuk melambatkan perkembangan Penyakit Ginjal Kronik, terutamanya tahap 5 yang memerlukan dialisis atau pemindahan ginjal. Keperluan diet pesakit mungkin berbeza-beza dengan perkembangan penyakit ginjal mereka.

Peringatan:Pengubahsuaian diet berbeza mengikut individu atas faktor usia, saiz badan, gejala, tahap CKD, tahap aktiviti dan keadaan kesihatan yang lain.


Protein



Pesakit pra-dialisis memerlukan kurang protein berbanding dengan pesakit dialisis.

Ginjal yang terjejas masih dapat berfungsi pada tahap awal CKD. Namun, agak sukar bagi ginjal untuk membuang segala produk sisa daripada badan.

Pengambilan protein yang terlalu banyak menyebabkan ginjal bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan lebih banyak kerosakan kepada ginjal.

Pengambilan protein yang mencukupi dan tidak berlebihan dapat bantu memelihara fungsi ginjal serta mencegah tekanan tambahan pada ginjal. Pakar pemakanan atau doktor anda akan menasihati jumlah protein yang sesuai untuk diambil setiap hari.


Fosforus



Apabila keupayaan ginjal untuk menapis sisa-sisa produk semakin berkurang, paras fosfat dalam darah pula akan meningkat.

Paras fosfat yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, sakit sendi, iritasi mata dan tulang yang lemah dan rapuh.

Pesakit pra-dialisis mungkin perlu mengehadkan pengambilan fosfat dalam makan mereka ketika Kadar Penapisan Glomerular (GFR) mereka menurun dan ujian darah menunjukkan paras fosfat yang lebih tinggi.


Elakkan makanan yang berfosfat tinggi seperti:

  1. Sardin, ikan bilis dan belachan
  2. Makanan yang telah diproses dan makanan dalam tin (seperti daging atau ikan, sosej, patti daging)
  3. Produk tenusu (seperti susu, keju, yogurt).
  4. Produk kekacang (pelbagai –jenis kekacang, bijian, sup kacang)
  5. Minuman malt (seperti Milo, Horlicks, Ovaltine).
  6. Coklat dan produk berkaitan
  7. Daging organ (seperti hati, usus)
  8. Sup berasaskan tulang (seperti kaki ayam dan tulang rusuk)
  9. Minuman Cola


Kalium




Kalium ialah sejenis bahan mineral yang penting untuk fungsi saraf dan otot.

Paras kalium yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan kelemahan otot, kadar degupan jantung yang tidak normal dan dalam kes ekstrem, kegagalan jantung.

Keperluan kalium boleh diubah bergantung pada tahap CKD yang berbeza. Pesakit pra-dialisis perlu menyekat pengambilan kalium sekiranya ujian darah menunjukkan paras kalium dalam darah yang tinggi.

Elakkan makanan berkalium tinggi seperti:

  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kumpulan kalium tinggi.
  2. Bijirin, roti dan biskut gandum.
  3. Kekacang, bijian dan produk berkaitan (seperti coklat, mentega kacang).
  4. Kelapa dan produk berkaitan (seperti santan, kaya).
  5. Semua jus buah-buahan dan sayur-sayuran segar/ditinkan, minuman ubat herba, teh/kopi pekat minuman koko dan malt, susu, wain.
  6. Gula perang, molase, sirap mapel, tofi, likuoris.
  7. Pengganti garam kalium tinggi, sos botol, ekstrak daging dan sayur-sayuran, pati ayam, kiub stok.

Tip! Anda boleh mengurangkan kandungan kalium dalam sayur-sayuran dengan merendam sayur-sayuran yang telah dipotong kecil di dalam air selama 1 hingga 2 jam.


Natrium



Secara semula jadi, natrium terdapat dalam pelbagai jenis makanan dan selalu boleh didapati daripada makanan yang dibungkus dan diproses. Garam ialah salah satu sumber utama natrium.

Natrium akan menyebabkan anda rasa dahaga lalu merangsang agar minum air berlebihan. Akibatnya, berat badan bertambah kerana cecair yang berlebihan dan meningkatkan tekanan darah disamping menambah beban pada jantung.

Sekatan pengambilan natrium dalam penyakit ginjal membantu untuk mengekalkan keseimbangan cecair normal.


Tip-tip untuk mengurangkan pengambilan natrium:

  1. Hadkan penggunaan garam/sos semasa memasak.
  2. Elakkan penggunaan kiub stok, ekstrak daging dan sayur-sayuran seperti Bovril dan Marmite.
  3. Elakkan pengambilan pati ayam yang berbotol.
  4. Baca label pada makanan diproses dan pilihlah produk-produk yang mengandungi kandungan garam yang kurang daripada 120mg natrium bagi setiap 100g produk makanan tersebut.
  5. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin dan diproses. Jika anda masih ingin mengambilnya, buang air garamnya terlebih dahulu.
  6. Gunakan herba segar dan rempah ratus untuk menggantikan garam/sos semasa memasak.
  7. Gunakan limau segar, jus lemon atau cuka untuk menyedapkan lagi hidangan anda.


Penting! Pesakit ginjal hendaklah berhati-hati dengan pengganti garam kerana ia sering mengandungi kadar kalium yang tinggi. Sebaiknya, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda atau pakar pemakanan sebelum menggunakannya.


Pengambilan Cecair



Pengambilan cecair pada umumnya tidak dihadkan pada tahap awal bagi pesakit CKD kecuali jika dinasihatkan oleh doktor ginjal mereka.


* Maklumat dan rekomendasi di atas adalah garis panduan umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat khusus untuk mana-mana individu. Sila dapatkan nasihat doktor anda atau penasihat penjagaan kesihatan yang lain untuk membuat keputusan kesihatan peribadi.

Penyakit Ginjal Kronik (CKD)

Penyakit Ginjal Kronik (CKD) adalah apabila ginjal anda rosak tanpa peluang pemulihan dan tahap kerosakan hanya akan bertambah teruk dari masa ke masa. Terdapat lima tahap CKD. CKD tahap 5 merujuk kepada Penyakit Renal Tahap Akhir (ESRD), dan ia juga dikenali sebagai kegagalan ginjal.


Istilah anggaran Kadar Penapisan Glomerulus (eGFR) merujuk kepada ukuran fungsi ginjal. Seorang klinisian atau sebuah makmal medikal boleh menganggarkan tahap eGFR berasaskan paras kreatinin serum, jantina, umur, berat badan dan bangsa pesakit. Ketika CKD berkembang, paras eGFR menurun dan pesakit akhirnya perlu menjalani dialisis atau pemindahan organ untuk meneruskan kehidupan.

Tanda-tanda & Gejala




Peringkat Awal

  • Tiada gejala nyata dengan kemungkinan buih-buihan/darah di dalam air kencing
  • Peringkat Pertengahan
  • Hilang selera makan
  • Kebengkakan
  • Mudah letih      
Peringkat Pertengahan
  • Hilang selera makan
  • Kebengkakan
  • Mudah letih

Peringkat Akhir

  • Nafas berbau ammonia
  • Hilang selera makan/cirit-birit
  • Sesak bernafas
  • Kebengkakan
  • Rasa mual/muntah-muntah
  • Tidak sedarkan diri
  • Anemia

Kegagalan Ginjal

Kegagalan ginjal atau Penyakit Renal Tahap Akhir (ESRD) ditakrifkan sebagai keadaan apabila ginjal tidak berfungsi dengan baik atau mencukupi lalu menghasilkan pengumpulan produk sisa dan bahan toksik.

Tanda-tanda dan Gejala:
  1. Nafas berbau ammonia
  2. Hilang selera makan
  3. Cirit-birit
  4. Sukar bernafas
  5. Kebengkakan
  6. Rasa mual/muntah-muntah
  7. Tidak sedarkan diri
  8. Anemia

Ginjal kita ialah organ yang berbentuk kacang dan ia terletak berhampiran di bahagian tengah badan pada kedua-dua kiri dan kanan. Ia dilindungi oleh tulang rusuk bahagian bawah dan otot-otot serta lemak di sekitarnya. Setiap ginjal mempunyai ukuran kepalan tangan dan seberat 150 gram. Setiap ginjal mempunyai satu juta nefron, iaitu unit penapis atau penapis yang halus. Nefron inilah yang menjalankan fungsi yang penting dalam menapis darah di dalam badan. Apabila ginjal kita tidak berfungsi secara optimum, toksin dan cecair lebihan tidak boleh dikeluarkan daripada badan dengan berkesan.

Pengumpulan produk sisa dan toksin di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan yang kekal dan tidak boleh dipulihkan kepada sel, tisu dan organ badan. Oleh itu, fungsi ginjal perlu digantikan melalui pemindahan organ atau dialisis agar pesakit boleh terus hidup.




Meneliti Ginjal Secara Lebih Dekat



Selain menapis, ginjal juga melakukan fungsi-fungsi penting seperti berikut:



Kencing Manis

 Diabetes ialah penyebab kegagalan ginjal nombor satu. Diabetes berlaku apabila kondisi badan tidak bertindak balas dengan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin. Apabila tahap insulin rendah di dalam badan dan/atau badan menentang insulin, paras glukosa darah kekal tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah di dalam ginjal kerana nefron bekerja keras untuk menapis darah. Lama-kelamaan, ia akan rosak dan hilang keupayaannya untuk menapis.


Terdapat tiga jenis diabetes utama:







Tanda-tanda & Gejala




Bagaimana diabetes yang tidak terkawal memberi kesan kepada ginjal?



Diabetes yang tidak terkawal meningkatkan paras gula dalam darah kita, dan menyebabkan ginjal bekerja lebih keras untuk membersihkan darah.

Lama-kelamaan, keadaan ini akan merosakkan unit penapisan halus di dalam ginjal yang dipanggil glomerulus.

Ginjal mula membocorkan protein ke dalam air kencing, bukannya kekal dalam darah.

Lama-kelamaan, penyakit ginjal menjadi semakin teruk, lalu membawa kepada lebihan sisa cecair dan toksik yang kekal dalam darah.


Apakah yang perlu diperhatikan?

Pemeriksaan kesihatan berkala ialah cara terbaik untuk mengesan tanda awal bagi diabetes dan mendapatkan rawatan tepat pada masanya. Jika anda mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) lebih daripada 23.0kg/m2 (klik di sini untuk mengira BMI anda), saudara-mara darjah pertama dengan diabetes dan/atau berumur lebih daripada 40 tahun, anda perlu berjumpa doktor keluarga anda untuk pemeriksaan diabetes.

Anda mempunyai diabetes jika paras:

  1. Glukosa darah berpuasa ialah 7.0 mmol/L atau lebih tinggi
  2. Glukosa darah rawak ialah 11.1 mmol/L atau lebih tinggi