P   U   S   A   T           H   E   M   O   D   I   A   L   I   S   I   S           S   E   N   T   O   S   A

Showing posts with label garam. Show all posts
Showing posts with label garam. Show all posts

Bengkak Kaki

Bagi pesakit dialisis, buah pinggang sudah tidak boleh proses air di dalam badan seperti biasa. 

Maka, lebihan terlebih air dalam badan boleh terjadi apabila pesakit tidak mengurangkan pengambilan kuantiti air seperti saranan doktor atau pesakit tidak menjalankan rawatan dialisis seperti dijadualkan. 


Apa jadi bila  lebihan air?

  1. kaki bengkak
  2. paru-paru berair sehingga sukar bernafas
  3. jantung membengkak
  4. tekanan darah tinggi
  5. letih dan tidak bermaya


Ambil kuantiti air seperti yang disarankan doktor, kawal pengambilan garam, dan ikuti rawatan dialisis yang dijadualkan supaya tidak berlaku lebihan air.

Darah tinggi

Penyakit darah tinggi merupakan penyakit yang kerap dihidapi oleh rakyat Malaysia. Penyakit darah tinggi merupakan antara pembunuh senyap dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia terjadi apabila tekanan darah tinggi melebih daripada had biasa.

Dalam bahasa mudahnya, apa sahaja faktor yang membawa perubahan pada jumlah darah, rintangan dalam system peredaran darah seperti salur darah yang sempit, kadar degupan jantung, semuanya akan menyebabkan peningkatan dalam bacaan tekanan darah.

Jika bacaan tekanan tinggi berpunca daripada kesan sampingan ubatan, doktor akan menukar ubat tersebut. Jika ia disebabkan sesetengah bahan terlarang ataupun pengambilan alcohol, doktor akan menasihati anda untuk menjauhinya. Namun begitu, jika tekanan darah masih tinggi, doktor akan memberikan anda ubat ubatan.

Seringkali, kombinasi ubat ubatan ini diperlukan bagi mengawal tekanan darah secara efektif. Apa pun, ambil lah ubatan dengan nasihat doktor yang merawat.



Garam (Sodium)




 Tahap sodium yang tinggi menyebabkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan dan ini boleh :

  1. meningkatkan tekanan darah
  2. pembengkakkan pada bahagian kaki, tangan dan muka
  3. rasa kurang selesa semasa rawatan 


Antara makanan tinggi sodium

  1. Kiub perisa
  2. MSG
  3. Sos (kicap, tiram,tomato) 
  4. Asam jawa
  5. Serbuk penaik
  6. Belacan
  7. Budu
  8. Taucu
  9. Telur masin
  10. Ikan masin
  11. Sayur masin
  12. Sotong kering
  13. Udang kering
  14. Ikan bilis
  15. Jeruk buah-buahan
  16. Mee segera
  17. Makanan dalam tin
  18. Keropok ikan


Cara kurangkan garam dengan cara bijak

  1. Elakkan tabiat menambah garam, kicap, sos cili atau sos tomato semasa makan.
  2. Tambahkan rasa dengan penggunaan herba dan rempah ratus seperti lada hitam, jintan dll
  3. Hadkan pengambilan makanan yang diproses seperti sosej, keropok, makanan tin, mee segera dll.
  4. Pesan makanan disediakan kurang garam, tanpa garam atau tanpa MSG. Minta sos disediakan secara berasingan.