Staf klinikal kami akan memberikan penerangan serta bimbingan berkaitan kos rawatan dan pembiayaan rawatan hemodialisis.
Hal ini bagi memastikan agar pesakit berasa selesa dan tidak terbeban dari segi kaedah rawatan dialisis, caj rawatan dan juga kaedah pembayaran.
Kos Rawatan
| Perkara | Caj (RM) |
| Hemodialisis | RM 200 |
| Suntikan Erythropoietin | RM 80/suntikan |
Pembiayaan Kos Rawatan
- Kebanyakan kos rawatan pesakit kami dibiaya oleh penaja-penaja atau syarikat panel yang berdaftar.
- Proses memohon biaya akan dibantu oleh kakitangan kami.
- Pesakit perlu mengemukakan dokumen sokogan bagi membolehkan permohonan pembiayaan dapat diproses dengan kadar segera.
- Proses kelulusan pembiayaan kebiasaannya memakan masa 1-2 bulan, tertakluk kepada kelulusan pihak pembiaya/penaja.
- Pesakit yang memerlukan rawatan segera perlu membuat pembayaran sendiri sebelum proses kelulusan Surat Jaminan.